top of page

Our Firm

Pada 1hb Ogos 2015,  Nathraa Michael & Co.  sebuah firma milikan tunggal telah ditubuhkan oleh pengasasnya, Natra Michael untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat yang memerlukan perkhidmatan guaman di Keningau dan daerah-daerah sekitarnya. Nathraa Michael & Co. menyediakan pelbagai perkhidmatan yang komprehensif kepada para pelanggan samada individu ataupun kepada syarikat-syarikat dan perniagaan di dalam menyelesaikan isu-isu dan permasalahan perundingan yang wujud dalam kehidupan seharian.  

Pada masa ini, firma guaman ini focus kepada keperluan masyarakat bumiputera khususnya kaum Kadazan, Dusun dan Murut dalam menyelesaikan isu dan permasalahan mereka di Mahkamah Anak Negeri. Tambahan pula, pemilik firma guaman ini sentiasa bersedia untuk berurusan dengan pelanggan di kawasan  dengan pelanggan di Firma guaman ini sentiasa komited untuk membina reputasi yang kukuh dalam memberikan perkhidmatan undang-undang yang cemerlang dan pragmatik serta sentiasa memberi penekanan utama kepada keperluan para pelanggan dan mengekalkan hubungan kerja yang rapat dengan para pelanggan.

 

 Firma guaman ini terletak di Apollo Atrium, Keningau di mana terdapat pelbagai perniagaan seperti syarikat insurans, perniagaan fotokopi dan alat tulis, restoran serta klinik dengan lot parking yang selesa dan percuma menjadikan lokasi firma guaman ini adalah sangat strategik. Firma ini juga percaya dalam beramal untuk masyarakat dan telahpun terlibat secara aktif dalam pengambilan kes-kes dari Pusat Bantuan Guaman Sabah, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan dan Persatuan Perundangan Sabah.

 

Perniagaan jenis ini amat berpotensi untuk dijalankan di daerah Keningau kerana faktor luaran, di mana perkhidmatan yang disediakan tidak ditumpukan sepenuhnya oleh mana-mana firma guaman lain yang berada di Keningau dan kepesatan pembangunan ekonomi yang amat memberangsangkan di kawasan sekitarnya turut memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan peguam dalam urusan seharian mereka serta faktor dalaman – kemahiran dan pengalaman pemilik sendiri dalam mengendalikan perniagaan jenis ini.

 

© 2023 by Lawyer & Lawyer.Proudly created with Wix.com

FOLLOW US:

  • w-facebook
  • Twitter Clean
bottom of page